Thursday 30 June 2011

Lå†år ßêlåkåñg §êkölåh

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz , Sabak Bernam .

Adakah anda semua tahu tentang sejarah sekolah ?


Marilah Kita Bersama-sama Mengenali Sejarah Sekolah Kita :)


Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada masa itu sebuah Darjah Menengah Melayu telah dibuka di Sabak Bernam. Kesemua Darjah Menengah Melayu itu ditempatkan di sekolah kebangsaan.
Bilangan pelajar Darjah Melayu tersebut semakin besar. Pada awal tahun 1961, kumpulan pertam pelajar sekolah ini mengambil Peperiksaan Rendah Pelajaran. Bangunan baru sekolah menengah kebangsaan siap dibina pada Mac 1963.Pada akhir tahun 1963 buat pertama kalinya pelajar-pelajar Tingkatan Lima sekolah ini mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan.Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 1964 oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, Encik Abdul Rahman Bin Haji Taib. Pada 18 Julai1970, sekolah ini dengan rasminya telah dinamakan Sekolah Menengah Ungku Aziz, sempena nama Profesor Diraja Ungku Aziz, Naib Kaunselor Universiti Malaya.Pada 20 Julai 1985, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah menyambut Jubli Perak yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Dr. Mohd Yusof Noor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Pada tahun 1992, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah mendapat anugerah SEKOLAH HARAPAN NEGARA Kategori sekolah menengah luar bandar.


Pada tahun 1993, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz mendapat tempat keempat pada peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah.Pada tahun 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah menerima Anugerah Khas Inovasi Studio Kokurikulum pada peringkat negeri dan juga kebangsaan serta menjadi johan negeri dan Kebangsaan bagi kuiz sejarah. Pada hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz telah menjangkau usia 50 tahun dan terus menjadi sekolah harian yang terbaik dalam daerah Sabak Bernam. Pihak sekolah akan terus berusaha sebaik mungkin untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua bidang. Insyallah ! :)

Senarai Pentadbiran Tertinggi SMKUA


Pengetua Kanan Sekolah 
 Puan Hajah Salehar Binti Yaakop





No comments:

Post a Comment